Khamis, 14 April 2016


Hakikat Insan, Siapakah Dibelakangnya?

Assalamualaikum..

Penulis blog ini berpendapat bahawa buku ini adalah salah satu buku yang ditulis oleh Mubaligh kristian untuk menyesatkan orang-orang melayu dari agama mereka. Walaupun terdapat beberapa perkara yang seolah-olah dari ajaran islam tapi sebenarnya tanpa segan selu pengarang telah memutar belitkan perkara yang sebenar mengikut kehendaknya. 

1.Pengarang HI Mengatakan manusia dari Allah sedangkan al-quran mengatakan manusia dari tanah yang busuk dan keluar melalui lubang yang busuk tetapi Allah memuliakannya. Pengarang H.I cuba memperkenalkan konsep wahdatulujud dalam kejadian manusia.

2. Mengatakan Allah itu dari empat unsur alam sedangkan mengikut islam bahawa Allah itu zat yang esa tidak berjirim dan berjisim,baginya kerajaan langit dan bumi.

3. Menokok nambah ayat al-quran sesuka hati.Misalnya, ayat bismillah ditambah dengah "Alif" pada awalnya. Umul kitab diputar belitkan hingga hilang tujuan asal surah.

4. Allah dikatakan adalah huruf " Alif dan Ha" yang terdapat pada tubuh badan manusia. Pengarang H.I juga memperolok-olokkan dua kalimah syahadat orang-orang islam.Pengarang mengatakan bahawa huruf 'ALIF' terdapat pada kaum bapa dan huruf 'HA'terdapat pada kaum ibu.Pengarang HI meletakkan Allah ke tahap yang paling hina,kerana dia mempunyai tiga tuhan di langit:Tuhan,anak tuhan,Mariam.

Mengikut fakta-fakta di atas,ternyatalah pihak Kristian tidak akan berdiam diri selagi umat Islam tidak dapat dipesongkan.Sayanglah agama kamu,keturunan kamu dan saudara-saudara kamu.

14/4/2016.Sekian terima kasih dan assalamualaikum.